Little Girl
Kebaikan Jus Buah dan Sayur
Monday, 24 December 2012 | 0Comment(s)




Hello semua :D Mesti korang tengah sejuk kan ? Haha . Sama la kita dekat sini . Hujan je dkt Terengganu . Nak mandi takut . Haha . Dekat Kg Kedai Buluh dah banjir naik atas jalan besar . Jalan pun tutup . Banyak dah kereta jadi mangsa banjir . Eii , takutnya -.- Btw Happy Birthday to my Boobear @Louis_Tomlinson . Kesian orang British celebrate Christmas dalam keadaan banjir . Saya turut bersimpati . Haha . Dh makin banyak saya merepek ni . Okay , hari ni nak update pasal *tunjuk tangan dekat tittle* . Yea , kebaikan jus buah dan sayur :'D Jom kita baca apa kebaikan buah dan sayur ni . 


1) Jambu Batu - Korang kenal tak jambu batu ? Alah , tak mungkin lah tak kenal . Kenal kan ? Hehe . Kita boleh buat jus jambu batu ni untuk membantu mengurangkan kolesterol sebanyak 18.8 % dalam masa seminggu . Tak percaya ? Tak percaya try laa buat . In Shaa Allah ;)


2) Betik - Tipulah tak kenal ;p Jus betik ni pulak membantu kita menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 % jika diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu sahaja :D


3) Nanas - Siapa tak kenal mohon tengok Spongebob Squarepants sekarang . Siapalah tak kenal rumah Spongebob ni kan ? Haha . Untuk pengetahuan korang , nenas ni mengandungi vitamin C yang tinggi dan berfungsi sebagai antioksida yang boleh diambil dalam jumlah 400 gram . Jus nanas membantu menurunkan kolesterol sebanyak 8.38 % dalam masa tiga minggu .


4) Epal - Jus yang mampu membersihkan tubuh dengan baik dan dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh . Ia mengandungi vitamin A , b dan C . Bagus ni , kena minum banyak banyak . Kalau pergi makan dinner , order lah jus epal :'D Baik untuk kesihatan . Hehe .


5) Limau / Lemon - Membantu memperkuatkan jaringan otot otot urat dan dinding pembuluh darah . Bagi yang sering mengalami gusi berdarah , gigi rosak dan sakit sendi , ia dapat diatasi dengan segelas jus limau / lemon setiap hari .


6) Timun - Bukan timun cina tapi timun batang tu . Jus ini merupakan salah satu ubat terbaik untuk melancarkan pembuangan air kecil dan menurunkan darah tinggi .

Okay . Semoga bermanfaat untuk semua dan selamat mencuba . Bye . Selamat malam dan Assalamualaikum dunia .x

  


Older Post | Newer Post
Disclaimer


Bonjour :D
My name is Athirah . Follow me and i will follow you back .x Thanks .


Diary About Stuff Links

Tagboard


Credits


Template: Siti Aisyah
Header: Atiqah
Image: We heart it