Ilham ke ?

Hai semua *lambai tangan* . Yaa saya tahu sudah lama saya tidak meng-update blog ni . Hehe . Maaflah . Busy . Biasalah bisenes woman ;p Hehe . Taklaa . Kite busy sbb internet kite lambat + adk kite nak tengok Upin Ipin + kemas rumah . Baik kite kan ? Oh ye . Lupa nak cakp yang kite dh guna bahasa diri saya ' saya ' dan ' awak ' . Hehe . Terasa nak guna dua tu . ' Aku ' dan ' kau ' ni nampak kasar sangat kan ? Tak pun saya guna Tyrah je . Lebih casual gytu . Kan kan ? Okay , mlm ni nak cerita pasal mimpi pada 19 Disember 2012 . Sungguh ya pelik sangat . Ilham nak jadi penulis novel kah ? Haha . Okay , jom kita baca ceritakuuu . Mimpi diadaptasi kepada sebuah cerita . In Shaa Allah best . Hehe .
Pada suatu petang yang dingin dan angin yang kuat menggoncang pokok , seorang gadis berumur 18 tahun duduk bersipuh di atas pondok kecil di tempat kerjanya . Dia berkata kepada dirinya ' Jika Ibu dan Ayah masih ada , mesti aku tak akan jadi pembantu di Istana ini . Ya Allah , kenapa ini yang harus aku lalui sambil mengalirkan air mata ' . Lalu ada dia masuk ke dalam Istana lalu mendengar perbicaraan Sultan dengan anak lelaki nya . ' Wahai anakku , esok kita akan pergi ke Pantai Sungan Gelinggi untuk merasmikan suatu majlis ' dan anaknya hanya mengangguk . Sebenarnya gadis ini telah meminati anak Sultan ini sejak pertama kalinya dia menjejak kaki di Istana sebagai pembantu di sana . Lalu pada keesokan harinya , Sultan dan anaknya pergi ke Pantai tersebut untuk merasmikan majlis tersebut . Si Gadis ini pula teringin ini mengikut untuk melihat majlis tersebut . Lalu secara senyap - senyap dia telah mengikuti Sultan dan anaknya . Sesamainya di majlis tersebut , kelihatan begitu ramai orang dan Sultan sedang merasmikan majlis tersebut . Selepas itu kedengan punyi ' Poom boom poom ' berulang - ulang kali . Si gadis tersebut sungguh terkejut lalu memandang ke atas . Rupa - rupanya Sultan merasmikan majlis tersebut dengan tembakan bunga api yang besar dan sangat cantik . Lalu sedang asyik melihat bunga api tersebut . datang seorang wanita dalam lingkungan 40 tahun menepuk bahunya . Gadis tersebut sungguh terkejut kerana itu lah ketua pembantu di Istana . Lalu dia di marahi oleh wanita tersebut kerana syarat di Istana ialah pembantu tidak boleh dekat dan bercakap dengan ahli Istana . Lalu dia ditarik pulang ke Istana . Gadis tersebut sangat sedih kerana tidak dapat pulang bersama Sultan . Selepas 2 jam berlalu , Sultan dan anaknya pun pulang ke Istana . Sultan dan anaknya pulang lalu duduk di atas satu tempat yang istimewa bagi Sultan . Gadis tersebut bersembunyi di sebalik tiang yang berada di situ . Di sebelah tiang tersebut juga ada sebuah kotak yang mempunyai cupcake yang sungguh lazat mata memandang dan sugguh ghairah dilihat . Apabila anak Sultan memandang gadis tersebut lalu dia melarikan diri dan satu bunyi kedengaran membuatkan semua orang melihat ke arah gadis tersebut . Gadis itu telah melanggar kotak cupcake tersebut . Semua mata tertumpu kepada gadis tersebut lalu wanita tadi datang dan berkata
Wanita : Dia telah mencuri cupcake di dalam kotak ini .
Lalu gadis tersebut berlaki ke ruang biliknya di bawah tanah . Namun tidak sempat sampai di bilik , dia ditahan . Wanita tadi , Sultan dan anaknya mengikut untuk menyiasat gadis tersebut .
Wanita : Mengapa kamu berada di sebalik tiang di tempat istimewa Sultan tadi ?!
Gadis : Say .. say ..
Wanita : Saya apa ?! *sambil menengking *
Gadis : Saya cuma ingin melihat Sultan .
Wanita : Arghhh , cakap sahaja yang kamu hendak mencuri cupcake itu .Gadis : Sambil teresak - esak gadis itu menjawab ' Ti .. tidak puan . Sungguh saya ingin melihat Sultan . Saya ingin merasa mempunyai seorang ayah puan . Saya sudah anggap Sultan itu ayah saya ' .
Wanita : Haha . Apa ?! Sultan ayah kamu ? Kamu ini memang tidak sedar diri . Kamu ini hanya anak miskin yang mempunyai impian yang besar dan anak yatim ...
Belum sempat menghabiskan ayat , Sultan telah memotong dan berkata
Sultan : Cukup ! Puan ini tidak sepatutnya berkata seperti itu . Dia pun mempunyai hati dan perasaan . Memang puan tidak sedarkah yang dia tidak mempunyai ibu dan ayah . Puan tidak kasihan kah melihat dia ? Baru berumur separuh jagung sudah berkerja untuk menyara dirinya . Lalu Sultan berkata kepada gadis tersebut ' Kamu boleh balik ke bilik kamu . Saya tahu kamu dan kenal kamu . Pastinya kamu tidak akan mencuri . Saya kenal hati budi kamu ' .
Gadis tersebut berlari ke biliknya sambil menangis . Keesokan harinya , anak Sultan bercakap dengan Sultan secara personal di ruang yang tidak diketahui sesiapa .
Anak : Wahai ayah , saya ingin memohon restu ayah untuk meminang seorang gadis yang telah lama saya cintai .
Sultan : Wahhh *dengan nada terkejut* . Siapa yang boleh memikat hati anak ayah ini ?
Anak : Jika saya beritahu saya harap ayah tidak terkejut . Dia ialah pembantu di Istana kita ayah . Yang dituduhi mencuri cupcake .
Sultan : Apa ?!
Anak : Ya ayah . Saya sudah mencintai dia sudah lama ayah . Sejak pertama kalinya dia di sini . Setelah sekian lama dia berkerja di sini , saya boleh mengenal hati budinya ayah . Saya tahu dia seorang gadis yang baik . Saya harap ayah kan mempertimbangkan hal ini ' . Lalu masuk ke biliknya .
Setelah beberapa hari Sultan memikirakn hal tersebut , lalu Sultan bersetuju kerana dia sangat mengenal hati budi gadis tersebut . Pada 25 May 1998 , Sultan telah mengumumkan hal tersebut kepada rakyatnya dan semua orang terkejut dan sedih kerana anaknya digilai ramai anak gadis di kampung tersebut . Dan apabila diumumkan untuk berkahwin dengan pembantu tersebut , gadis itu sangat terkejut . Lalu bersetuju kerana itulah yang diimpikannya sejak pertama kali jejak di Istana tersebut . Gadis itu didandan cantik seperti seorang permaisuri dan diijabkabul . Pada malam pertama gadis tersebut , dia bertanya kepada suaminya .
Gadis : Awak , kenapakah awak memilih saya sebagai isteri ? Bukankah saya ini miskin dan hanya pembantu di Istana ?
Suami : Sayang , saya memilih seorang isteri tidak bergantung kepada darjat . Saya memilih awak kerana saya sejak pertama kalinya awk jejak kaki di Istana , saya sudah jatuh cinta dengan awak sayang .
Gadis itu sangat terkejut kerana suaminya mempunyai perasaan yang sama dengannya . Jadi dia tidak bertepuk sebelah tangan selama ini . Lalu gadis itu dihampiri oleh suaminya dan berkata
Suami : ' Awak , saya harap awak akan jadi isteri saya dunia dan akhirat dan saya nak awak tahu saya cuma sayang awk seorang shaja . Tiada orang lain di hati saya selain awk ' .
Gadis itu sangat terharu lalu memeluk suaminya dan setelah 6 bulan berkahwin , mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dan hidup bahagia selamanyaa .
Tadaaaaaaaaaaaaaa :D Dah siapa dah cerita yang saya mimpi . Hehe . Best tak ? Maaflah kalau ade typo dan sumpah yang bahasa Istana saya tak pandai . Hehe . maaf kalau tak best . Bye . Assalamualaikum :')
Older Post | Newer Post
|
Disclaimer

Bonjour :D
My name is Athirah . Follow me and i will follow you back .x Thanks .
Diary
About
Stuff
Links
Tagboard
Credits

|