Kata kata pedoman

Malam ni nak kongsi kata kata yang boleh buat kita semua terasa insaf dan ingin melakukanya . Harap harap bermanfaat untuk semua ya ? Kata kata pedoman ni saya ambil dari Ustaz Don Daniyal , Ustaz Azhar dan banyak lagi . Tu dkt atas tu , dari Imam Al-Ghazali :)
Ustaz Don Daniyal .
1) Sekiranya umatNya benar benar merindui Baginda , lafaz kan lah ' Inni Uhibbuka Ya Rasulullah ' dengan seikhlas ikhlas hati kita . InsyAllah , Baginda dapat mendengarnya :)
2) Gadis gadis , wanita wanita di luar sana , pakailah tudung . Kalau Allah SWT menjaga anda , siapalah saya untuk mengatakan anda tidak lawa :)
3) Dalam Islam , kalau kamu berkenan kepada seseorang perempuan . Sapalah dia dan berjumpalah emak dan bapa dia . Selesai . Itu mengorat yang paling mudah dan sangat gentleman :)
4) Bagi yang takde pasangan hidup . Jagalah hubungan dengan Allah . InsyAllah ia akan datang sebab Allah sayang kita :)
5) Jangan lihat keburukan orang lain , kerana ada 1001 kebaikan yang kamu tidak lihat :)
Ustaz Azhar Idrus
*ayat ustaz azhar memang pedas pedas , tapi memang betul apa yang dia cakap . yang ni versi Terengganu punya . harap harap faham lah ye*
1) Kejap pakai tudung , kejap buang . Mu ingat masuk nerake kejap kejap ke ?
2) Carilah calon isteri atau suami yang boleh membahagiakan mu . Dok comel dakpe , asal boleh tutup lampu ;)
3) Orang yang tak mahu ikut perintah agama , test dulu api dunia sebelum kene api nerake yang sbnr .
4) Bila hal dunie , ke pulusuk bumi pun sanggup pergi , tp bila hal agama , masjid/surau tepi rumoh buat buat dk napok .
5) Orang yang tak solat , dia lebih teruk dan lebih jahat dari Iblis Laknatullah .
Okay . Setakat ni saje eh ? Nanti ada lagi , saya post lagi ;) Assalamualaikum .
Older Post | Newer Post